“Oppa” Kelantan Dah Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 7:00 PM

ANAK muda yang pernah tular kerana fasih berbahasa Korea, Muhamad Khalid Ismail selamat diijabkabulkan bersama gadis pilihannya dalam majlis sederhana yang berlangsung di Masjid Pusat Seoul dan disempurnakan imam masjid itu, Syeikh Abdul Rahman Lee Juhwa, Ahad lalu.Jejaka kelahiran Kelantan itu memilih wanita Korea bernama Lee Seul yang berasal dari Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan sebagai pasangan hidupnya. Khalid yang terkenal  selepas videonya yang fasih berbahasa Korea dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Abnormal Summit menerusi akaun facebooknya turut berkongsi khabar gembira itu selain memuat naik beberapa foto perkahwinannya yang dihadiri kaum keluarga dan teman rapat.

Tags / Kata Kunci: khalid ismail , korea

iklan