Pengedar Ganja Dicekup

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 4:00 AM

10 bungkus ganja berjaya dirampas dari seorang lelaki dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran ganja oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam satu serbuan berhampiran Stesen Keretapi Kajang, selasa lalu.

Ganja yang dirampas seberat 9.795 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM20,000 itu ditemui di dalam sebuah beg milik lelaki terbabit.

Tags / Kata Kunci: kajang , ganja

iklan