Mini Kasino Baru Operasi Diserbu

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2016 12:58 PM

POLIS menyerbu sebuah kasino yang menjalankan perniagaan perjudian online tanpa lesen di Seri kembangan, Selangor. Serbuan yang diketuai Pegawai Operasi D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang ASP Roslin Mohd Ishak menahan 17 individu termasuk lapan warga asing yang bekerja tanpa permit pada pagi Selasa. 

Turut dirampas dalam operasi tersebut ialah 80 set komputer perjudian online dan wang tunai RM380.

Tags / Kata Kunci: Seri kembangan , D7 , Mini kasino

iklan