Empat Individu Dipercayai Terlibat Samun Ditembak Mati Di Kajang

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 6:28 PM

KAJANG: Polis menembak mati empat daripada lima individu yang dipercayai terlibat dalam kes samun di Sungai Sekamat berhampiran Plaza Tol Sungai Long, Kajang dekat sini, Khamis.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, kesemua mereka yang ditembak mati pada pukul 6.15 pagi tadi, sebelum itu dikatakan cuba memecah masuk sebuah banglo di Taman Saujana Impian, Kajang pada 3.15 pagi.

iklan