Penemuan 3 Biji bom, 2 Pasangan Kekasih Dicekup

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 4:28 PM

SUSULAN penemuan tiga butir bom buatan sendiri di sebuah kondominum di Damansara Perdana 17 April lalu. Dua pasang kekasih dipercayai terlibat kes dicekup polis pada Ahad.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, suspek berusia antara 31 hingga 40 tahun itu dicekup di sebuah apartment di Taman Lembah Maju, Ampang.

Beberapa peranti elektronik dan perkakas pecah rumah turut ditemui. Siasatan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkait kesalahan dadah.

Tags / Kata Kunci: Bom Buatan Sendiri

iklan