suria

Bunuh Banduan: 13 Suspek Mengaku Tidak bersalah

BEKAS petinju negara antara 13 lelaki tidak mengaku salah atas tuduhan membunuh seorang banduan di penjara Sungai Buloh pada 16 April lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 12:45  tengahari hingga 1 tengahari pada tarikh tersebut di Sel 51 dan Aras 2, Sayap 3, Blok Abadi 2, Penjara Sg Buloh, Selangor.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan iaitu kerana menunjukkan kekerasan jenayah semasa menyertai perhimpunan. Kesemua tertuduh berusia antara 24 hingga 49 tahun merupakan banduan di penjara sama. 

Mereka didakwa berhimpun dengan tujuan mengakibatkan kematian kepada Ram Kumar a/l Govindasamy, 25 tahun, dilokasi tersebut. Mangsa Ram Kumar juga merupakan bekas petinju negara.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi