suria

Tuanku Sultan Johor Pandu Kereta Api KL-JB

JUMAAT : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencemar duli memandu sendiri kereta api dari Stesen Keretapi Tanah Melayu, KTM Kuala Lumpur ke Stesen  KTM Segamat sebelum berakhir di JB Sentral, Johor Bahru yang melibatkan jarak lebih 300 kilometer. 

Baginda yang tiba kira-kira pukul 9.40 pagi disambut kakitangan KTM Kuala Lumpur sebelum melakukan pemeriksaan kereta api tersebut selama hampir 10 minit yang mempunyai enam buah gerabak. 

Baginda hanya memandu dari Kuala Lumpur  ke Segamat dengan melalui sembilan buah stesen kereta api di sepanjang perjalanan tanpa berhenti dan dijadual tiba di daerah tersebut kira-kira pukul 1.30 petang. 

Selepas itu baginda tidak lagi memandu dan perjalanan diteruskan yang dijangka sampai di JB Sentral pada pukul 4 petang.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi