suria

Lelaki Ditemui Rentung Dalam Kereta

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui rentung selepas sebuah kereta dilihat terbakar berhampiran Medan Putra 1, Bandar Menjalara di sini pagi Selasa.

Mayat ditemui di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Proton Gen 2 sebaik sahaja api yang marak dipadamkan.

"Kami menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.19 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas segera dikerahkan ke tempat kejadian," kata Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga laporan bedah siasat selesai.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi