suria

Penjawat Awam Dalang Sindiket Kereta Mewah

SEBANYAK 81 kenderaan mewah telah disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia(KDRM) Kedah,yang dianggarkan bernilai RM2.67 juta dengan jumlah cukai sebanyak RM4.9 juta sejak Januari hingga hari ini.

Kesemua kenderaan tersebut diseludup dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand untuk dijual di pasaran tempatan dengan harga jauh lebih murah iaitu lingkungan RM30,000 hingga RM 40,000 mengikut jenis kenderaan.

Dalam Operasi itu, Kastam menahan 15 suspek lingkungan umur 30-40 tahun termasuk seorang penjawat awam dan kenderaan tidak sah itu dirampas di beberapa lokasi di Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani, Langkawi, Durian Burung, Lembah Klang dan Perak.





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi