suria

Syarikat Kurier Dari Guangzhou Medium Seludup Dadah

POLIS mengesan syarikat perkhidmatan kurier dari Guangzhou, China yang kurang dikenali digunakan sebagai medium oleh sindiket dadah didalangi warga Nigeria untuk menyeludup dadah ke negara ini.

Sindiket dadah warga Nigeria itu juga dipercayai telah mempunyai komuniti di negara berkenaan dalam menjalankan kegiatan jenayah itu.

Bagaimanapun, taktik licik sindiket itu yang sentiasa mengubah modus operandi mereka, terus dibongkar apabila polis merampas dadah jenis syabu seberat 21.9kg bernilai RM2.2 juta di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut menahan lima lelaki warga Nigeria berusia 27 hingga 40 tahun, dalam lima serbuan menerusi 'Ops Candle Fish' sejak Rabu lepas hingga Isnin.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi