|
|
MANUSIA & PERISTIWA
Isnin November 2, 2009
Logo 1Malaysia terbesar dihasilkan dengan duit syiling 20 sen
Kanak-kanak pra-sekolah dan guru-guru menyusun 20 sen untuk membuat logo 1Malaysia di pejabat daerah Hulu Langat baru-baru ini. -Foto THE STAR oleh RAJA FAISAL HISHANDENGAN menyimpan 20 sen setiap hari sejak Januari tahun lalu, seramai 800 kanak-kanak pra-sekolah dari daerah Hulu Langat berjaya menghasilkan logo 1Malaysia terbesar semalam. Kanak-kanak dari 28 Tabika Perpaduan di daerah tersebut menyusun 220,220 duit siling untuk membuat logo 1Malaysia dalam masa dua jam. Lebih membanggakan, usaha mereka itu membolehkan logo tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR). Guru-guru membantu kanak-kanak menyusun duit-duit siling itu di atas 71 kepingan polistirena yang kemudiannya dicantumkan untuk membentuk logo 1Malaysia. Logo 1Malaysia terbesar dengan 20 sen itu berukuran 1.98 meter panjang dan 12 meter lebar dan terletak di perkarangan pejabat daerah Hulu Langat. Ia adalah sebahagian daripada program 1Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Hulu Langat. Logo 1Malaysia yang dihasilkan dengan duit siling 20 sen itu tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR).Ketua Pengarah jabatan, Datuk Azman Amin Hassan dan wakil-wakil MBR hadir pada pelancaran Program Muafakat Menyusun Syiling 20 Sen untuk membentuk logo 1 Malaysia. Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Ahmad Radzi Ariff berkata program itu bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak menabung dari kecil lagi. "Kanak-kanak yang terlibat dalam program ini telah mula menabung sejak awal tahun ini. "Wang tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Rakyat setiap kanak-kanak Tabika Perpaduan," Ahmad Radzi memberitahu para pemberita. Tambahnya, program itu telah membolehkan kanak-kanak dari pelbagai kumpulan etnik berinteraksi dalam semangat 1Malaysia. |
|
|||||||