suria

Ramai terlepas pandang etika guna tandas dalam pesawat terutama fakta ke-5 senarai ini

Penggunaan tandas dalam pesawat juga perlu mengikut etika agar dapat memberi keselesaan kepada penumpang lain.

ETIKA penggunaan tandas di dalam pesawat sebenarnya sangat penting memandangkan kemudahan ini terpaksa dikongsi bersama ratusan penumpang terutamanya untuk penerbangan panjang.

Adalah sangat penting untuk menjaga etika ini bagi mengelakkan masalah serta menyusahkan kabin krew dan penumpang lain yang ingin menggunakan tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 5 negara paling bahaya untuk travel dengan pesawat

Berikut adalah 10 etika yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan tandas di dalam pesawat.

1. Kunci pintu tandas

Etika paling asas adalah mengunci pintu tandas sebagai makluman bahawa ia sedang digunakan. Sekiranya anda tidak berbuat demikian ada kebarangkalian pintu akan dibuka oleh orang lain.

Jaga kebersihan selepas menggunakan tandas. 

2. Jangan kencing berdiri

Ini khusus buat kaum lelaki! Biasanya pesawat tidak akan menyediakan tempat kencing khas buat lelaki dan hanya menyediakan mangkuk tandas.

Jadi cuba jangan kencing berdiri kerana air kencing anda mungkin 'bersepah' dan tidak dibersihkan dengan betul sehingga menyebabkan bau kurang enak.

Jika masih berdegil, cuba belajar membersihkan air kencing anda yang 'bersepah' itu menggunakan tisu lembab.

3. Pam tandas

Tandas dalam pesawat bukan rumah sendiri untuk buat sesuka hati dan selepas digunakan belajar untuk pam agar pengguna seterusnya tidak terkejut dengan apa yang dilihat dalam mangkuk tandas.

Jangan buang tisu merata-rata dan gunakan tong sampah. 

4. Buang tisu dan sampah di tempat sepatutnya

Setiap tandas dalam pesawat menyediakan tong sampah dengan label yang jelas. Jadi jangan segan untuk menggunakannya.

5. Jangan terlalu lama dalam tandas!

Tandas dalam pesawat biasanya terhad jadi selesaikan segera 'hajat' anda dan jangan berlengah kerana anda tidak tahu siapa sedang dalam keadaan kecemasan untuk menggunakan tandas.

Secara dasarnya, tujuh minit adalah tempoh yang cukup untuk menggunakan tandas. Sekiranya lebih dari itu, penumpang lain berhak mengetuk pintu.

Jika lebih daripada 10 minit, penumpang lain berhak memanggil krew kabin terutamanya jika tiada respons diberikan.

Destinasi, Tandas, Pesawat, Etika

Artikel Lain