Sukan SEA: Giliran Filipina Pula

Diterbitkan: Sabtu, 2 September 2017 8:52 AM

-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Filipina secara rasminya mengambil alih tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan SEA akan datang apabila ia menerima bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) pada upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017)  di sini, malam Rabu.

Presiden SEAGF Tan Sri Imran Tuanku Jaafar menyerahkan bendera itu kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) Jose Cojuangco Jr. yang kemudian menyerahkannya kepada Alan Peter Cayetano, selaku pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-30.

Beliau juga ialah Setiausaha Hal Ehwal Asing Filipina.

Tuan rumah edisi ke-30 itu telah mencadangkan beberapa provinsi di Central Luzon sebagai venue bagi temasya dwitahunan itu.

Kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2005 dan muncul juara keseluruhan dengan meraih 113 pingat emas. Ia juga menjadi tuan rumah temasya itu pada 1981 dan 1991.

Malaysia dinobatkan juara keseluruhan KL2017 dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa manakala di tempat kedua Thailand dengan 72 pingat emas diikuti Vietnam 58, Singapura 57, Indonesia 38, Filipina 24, Myanmar tujuh, Kemboja tiga dan Laos dua.

Brunei membawa pulang lima pingat perak dan lapan gangsa dan Timor Leste tiga gangsa.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: KL2017 , Filipina

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan