suria

Thanabalan Juara Hati Ibu

NAMA penyerang sensasi negara, N. Thanabalan mula menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Malaysia mengatasi Singapura 2-1 pada aksi kedua kumpulan A acara bola sepak Sukan Sea KL2017.

Sentuhan penyerang Felcra FC itu semakin menyerlah apabila menyumbat dua gol ketika menundukkan Myanmar 3-1 sebelum sekali lagi meledak gol kemenangan pada pertemuan separuh akhir menentang Indonesia untuk membawa Malaysia ke pentas final.

Namun disebalik kejayaan pemuda berusia 22 tahun ini, wujud dua insan yang sentiasa memberi dorongan untuk dia terus melangkah ke hadapan.

N. Thanabalan, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Formula Menjadi!

Artikel Lain