Formula Menjadi!

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan kontinjen negara melepasi sasaran 111 pingat emas pada temasya Sukan SEA (KL2017) Ke-29 hasil beberapa formula yang diserapkan sejak dua tahun lalu.

Ia membuktikan program Tranformasi Sukan Negara yang dilaksanakan menerusi program persediaan menghadapi temasya ini berkesan dan mencatat kejayaan cemerlang.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berpuas hati dengan pelbagai rekod yang dicatat atlet negara.

Semangat sebagai tuan rumah pastinya berbeza ketika beraksi di negara luar. Bertanding di depan keluarga, kawan-kawan di tempat sendiri menyumbang kepada prestasi atlet kita.

"Dalam masa sama sokongan barisan kepimpinan dan seluruh rakyat juga memainkan peranan penting selain persekitaran   disediakan pihak penganjur," ujarnya pada sidang media Prestasi Keseluruhan Kontinjen Malaysia KL2017, Rabu.

Ahmad Shapawi memberitahu Malaysia meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada hari terakhir kejohanan yang berakhir Rabu.

"Tidak ada acara yang gagal atau tidak menepati sasaran. Kejayaan mencapai sasaran 111 pingat emas adalah yang terbaik mengatasi pencapaian 2001.

"Lebih memuaskan apabila 261 (30.9 peratus) atlet bawah 21 tahun berjaya meraih 95 emas, 94 perak dan 94 gangsa.

"Manakala atlet baharu yang pertama kali menyertai temasya ini seramai 445 orang berjaya meraih 71 emas, 29 perak dan 41 gangsa.

"Ia sekaligus membukti Program Podium dan Kita Juara memberi kesan kepada semua atlet.

"Pengurusan MSN juga yang menitik berat Program Pembanguan Atlet antara yang menyumbang kepada kejayaan kali ini," tambahnya.


Tags / Kata Kunci: KL2017 , Ahmad Shapawi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan