Analisis: Malaysia-Thailand, Yang Mana Lebih Dominan

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 9:00 AM

Muhammad Haziq Nadzli menumbuk bola masuk ke gawang sendiri sekaligus memberikan gol pertama kepada Thailand pada perlawanan akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam Selasa.

(Ubah saiz teks)

MALAYSIA Dan Thailand Mencari Rentak Pada Separuh Masa Pertama

Walaupun gol hadir dalam separuh masa pertama hasil jaringan sendiri pasukan Malaysia tetapi kedua-dua pasukan masih mencari rentak kerana terpaksa bermain dalam kondisi padang yang licin akibat daripada hujan.

Thailand kelihatan kurang selesa bermain dalam kondisi padang seperti ini kerana mereka menerapkan permainan menggunakan sistem hantaran pendek.

Thailand lebih gemar bermain dengan penguasaan bola secara mutlak berbanding Malaysia yang bermain dalam pace(tempo) permainan yang tinggi dan menggunakan "pressing" yang tinggi sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Inilah yang membezakan di antara kedua-dua pasukan ini dan Malaysia dilihat lebih dominan pada awal separuh masa pertama dan Thailand hanya menyerap tekanan serta  sesekali cuba melakukan serangan balas.

Syazwan Andik dan Safawi Rasid bermain dengan sangat baik di sayap kiri untuk cuba memecah masuk defensive blok pasukan lawan.

Thailand sangat tersusun dalam disiplin bertahan kerana kedua-dua "pivot" mereka dapat memberi sokongan yang baik kepada "centre area" serta di  "defensive area".

Malaysia kurang dominan di zonal ini apabila Syameer Kutty Abba gagal untuk memberi "support" yang cukup kepada Syazwan Andik dan Safawi Rasid untuk bergerak di bahagian kiri padang.

Norazam Azih masih bermain dengan baik di centre area bagi membantu pergerakan Jafri Firdaus Chew.

Matthew Davies pula seperti biasa bermain di kanan padang sebagai Wingback (persis Klasik No 7) untuk melakukan crossing kepada 3 pemain di hadapan.

Bercakap mengenai 3 penyerang yang diletakkan oleh Datuk Ong Kim Swee (OKS), Jafri mempunyai lebih banyak peluang berbanding Thanabalan.

Jafri sememangnya bukanlah pemain yang banyak menghasilkan jaringan tetapi beliau mempunyai "positioning" yang lebih baik berbanding Thanabalan tetapi Jafri tidak mempunyai penyudah yang baik.

Ini dibuktikan apabila Thanabalan lebih kerap menghasilkan gol buat pasukan Malaysia dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini walaupun beliau kadangkala kelihatan "hilang dari radar" sewaktu perlawanan berlangsung (situasi yang sama berlaku dalam perlawanan ini).

Kedua-dua pasukan dilihat masih bermasalah untuk bermain dalam falsafah bolasepak mereka yang sebenar dalam separuh masa yang pertama akibat daripada kondisi padang yang licin tetapi Thailand lebih dominan dari aspek penguasaan bola menggunakan sistem hantaran pendek.

Perhitungan Sebenar Hadir Pada Babak Kedua

Tidak banyak perubahan dari segi taktikal pada awa separuh masa yang kedua tetapi pemain kedua-dua buah pasukan sudah mula menunjukkan penguasaan terhadap bola.

Thailand dilihat lebih selesa bermain dalam separuh masa yang kedua apabila para pemain mereka lebih efektif menguasai bahagian tengah dan dapat mengawal defensive third dengan lebih baik.

Seperti dalam separuh masa  pertama, Thailand menutup sepenuhnya Zone 14 mereka dengan sangat baik untuk memaksa pasukan Malaysia bermain di Wide Area kerana Safawi Rasid dan Norazam Azih mampu untuk melakukan rembatan jarak jauh dengan baik.

Malaysia hanya mengharapkan Crossing yang dilakukan oleh Matthew Davies dan Syazwan Andik sahaja untuk menghasilkan jaringan.

Rembatan jarak jauh kebanyakannya berupaya dihalang oleh pertahanan  Thailand.

Pemain pasukan Thailand sememangnya mempunyai "first touch" yang lebih baik berbanding pasukan Malaysia dan dalam separuh masa yang kedua ini membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang lebih konsisten dan bermain dalam falsafah bolasepak moden dengan lebih baik berbanding pasukan Malaysia.

Bermain dalam intensiti yang tinggi membuatkan pemain-pemain tidak mampu untuk bersaing dengan baik dalam mengharungi 90 minit perlawanan. Dalam separuh masa yang kedua menyaksikan Matthew Davies sudah kurang memberi impak di sayap kanan dan pemain-pemain sudah mula melakukan hantaran yang sia-sia.

Thailand pula memperlihatkan penguasaan yang lebih kukuh terhadap bola dan berjaya menghasilkan banyak peluang secara "open play" apabila Wingback serta DMF Malaysia gagal membantu bek bertiga untuk membentuk semula rantaian 5 pertahanan dalam transisi bertahan.

Kegagalan Wingback dan DMF menyebabkan struktur bek bertiga Malaysia kelihatan rapuh walaupun ketiga-tiga mereka secara dasarnya beraksi dengan baik.

Bermain menggunakan sistem bek bertiga, sesebuah pasukan itu perlu melakukan "quick transition" dalam transisi bertahan untuk mengelak dari menerima serangan balas pantas dalam keadaan pasukan kekurang pemain di zonal penting seperti gambarajah di atas.

Sistem bek bertiga ini dimainkan dengan sangat buruk oleh pasukan Malaysia dalam separuh masa yang kedua.

Kemasukan Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid merubah semula corak serangan pasukan Malaysia yang memberi sedikit urgency dalam fasa menyerang.

Walaupun begitu ianya tidak mampu  memberi impak yang maksimum apabila Safawi Rashid dikeluarkan kerana Safawi seharusnya kekal berada di atas padang untuk memainkan peranan sebagai "shadow striker".

Ianya dilihat lebih efektif jika Jafri Chew dikeluarkan tetapi malangnya ianya tidak berlaku dan Malaysia bertarung sehingga wisel penamat dengan mempertaruhkan strategi  hantaran bola lambung yang menyebabkan pemain mudah kehilangan stamina.

Kesimpulan

Pemain Malaysia masih bersaing dengan baik walaupun struktur pasukan Thailand lebih sistematik di atas padang.

Thailand memenangi perlawanan ini dengan corak permainan yang menarik yang sentiasa diamalkan oleh barisan pemain mereka.

Thailand mengawal shape dan pace permainan pasukan mereka dengan baik sepanjang 90 minit permainan dan pemain-pemain mereka kelihatan sangat yakin dalam setiap pergerakan mereka.

Tahniah buat skuad Malaysia kerana mampu layak sehingga ke peringkat akhir tetapi DNA dan falsafah bolasepak Malaysia masih belum dapat menandingi pasukan Thailand.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA KL 2017

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan