Wendy-Dhabitah Raih Emas 3M Papan Anjal

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 7:26 PM

Wendy (kiri) dan Dhabitah bersama pingat kemenangan. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gandingan negara Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas kesembilan dalam acara terjun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Wendy dan Nir Dhabitah ternyata tiada tandingan apabila mengumpul 304.71 mata untuk emas, diikuti gandingan Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fonf Kay Yan yang mengumpul 236.76 mata untuk perak.

Pingat gangsa dimenangi pasangan Indonesia Eka Purnama Indah-Linadini Yasmin dengan jumlah 223.56 mata.

Pada aksi Selasa, Wendy-Nur Dhabitah mengumpul 47.40, 48.00, 68.40, 71.61, dan 69.30 mata dalam lima terjunan yang dilakukan.

Nur Dhabitah yang mengalami kecederaan pada Sabtu lepas sebelum beraksi dalam acara 3m papan anjal individu, sedikit pun tidak menjejaskan prestasinya pada Selasa.

"Saya sudah semakin pulih tapi jurulatih mahu saya teruskan banyak berehat serta jalani fisioterapi. Nasihat doktor agar saya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan. Selepas habis acara hari ini, saya dan semua team terjun akan berehat sebelum berbincang mengenai perancangan seterusnya," kata atlet berusia 18 tahun itu.

Sementara itu, Wendy berkata beliau sangat gembira kerana berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada edisi 2015 di Singapura.

"Saya sungguh teruja seakan-akan terjun seakan-akan menyapu bersih pingat emas," katanya.

Setakat ini, skuad terjun negara meraih sembilan emas, lima perak dan satu gangsa. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Wendy Ng Yan Yee , Nur Dhabitah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan