Malaysia Dominasi Acara Berbasikal Trek

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 11:02 PM

Azizulhasni Awang (kanan) dan Fatehah Mustapa bersama pingat emas masing-masing. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

NILAI: Pasukan berbasikal trek Malaysia membuktikan dominasi mereka pada Sukan SEA Ke-29 dengan memenangi 11 daripada 13 pingat emas ditawarkan dalam pertandingan berbasikal trek yang berlangsung di Velodrome Nasional, di sini.

Juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang yang memakai jersi  Pelangi beliau merangkul emas acara keirin lelaki dengan catatan masa 10.468s untuk mengatasi rakan sepasukan Mohd Shariz Efendi Mohd Shahrin manakala Md Nur Fathoni daripada Indonesia meraih gangsa.

Sementara itu, seperti diramalkan Fatehah Mustapa memenangi pingat emas keempatnya dalam Sukan SEA pada final keirin wanita dengan mengalahkan rakan sepasukan Farina Shawati Mohd Adnan manakala gangsa menjadi milik Watinee Luekajorn daripada Thailand.

Dengan kemenangan itu, Fatehah daripada Terengganu menjadi pelumba basikal wanita pertama meraih paling banyak pingat emas dalam Sukan SEA dengan empat pingat emas. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan