KJ Yakin Malaysia Mampu Capai 120 Emas

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 8:42 AM

EMAS KE 111 negara... Khairy bersama pelumba negara Azizulhasni yang memenangi pingat emas ke 111 negara. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NILAI: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin kontinjen negara mampu mencapai jumlah 120 pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebelum temasya edisi ke-29 itu melabuhkan tiranya pada, Rabu ini.

Katanya, dengan tercapainya sasaran 111 pingat emas, Malaysia boleh disifatkan sebagai juara keseluruhan sukan dwitahunan itu, mengulangi pencapaian sama ketika menjadi tuan rumah edisi  2001.

Setakat pukul 11 malam Isnin, Malaysia mengungguli carta pungutan pingat dengan 111 emas, 77 perak dan 69 gangsa diikuti juara bertahan,Thailand 60-72-75, dan Vietnam dengan 54 emas, 41 perak 51 gangsa.

"Sudah jelas kita akan melepasi sasaran dan kita akan mencipta sejarah baharu Sukan SEA yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia.

"Pungutan 111 ini adalah hadiah kepada rakyat dan paling penting adalah kepada atlet pelapis kita untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka di Sukan Asia, Sukan Komanwel, kedua-dua tahun depan dan Sukan SEA di Filipina 2019 dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan jaguh keirin dunia, Azizuhhasni Awang merangkul emas ke-111 di Veldrom Nasional, di sini malam Isnin. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan