Polis Beri Amaran Keras

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 3:51 PM

Ribuan penyokong Malaysia berkumpul di Stadium Shah Alam untuk membeli final tiket pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu atau kumpulan yang melakukan kesalahan mahupun cuba menimbulkan kekecohan pada aksi final bagi acara bola sepak pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengingatkan para penyokong supaya mengikut arahan yang telah ditetapkan.

"Justeru, kawalan keselamatan akan diperketatkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi sepanjang berlangsungnya perlawanan itu nanti.

"Polis akan melakukan pemeriksaan badan terhadap setiap penyokong di semua pintu masuk stadium sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan membawa masuk bahan-bahan terlarang.

"Untuk tujuan keselamatan semua pihak, kami akan menahan sesiapa saja yang membawa bahan larangan seperti senjata tajam dan bahan letupan mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain bahan letupan, barang-barang terlarang seperti pemetik api, payung, dan botol air minuman akan dirampas dan dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.

Penyokong akan mula dibenarkan masuk ke dalam stadium seawal pukul 4 petang mengikut pintu masuk yang telah ditetapkan.

Amaran tersebut bukan hanya tertumpu kepada aksi akhir Malaysia bertemu Thailand, sebaliknya turut ditegaskan kepada perebutan tempat ketiga dan keempat acara bola sepak ini antara Indonesia dengan Myanmar.

"Kita menggalakkan penyokong supaya hadir ke stadium lebih awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke stadium selain mematuhi arahan polis dalam aspek meletak kenderaan serta ketika melalui jalan keluar masuk bagi memudahkan semua pihak.

"Bagi memastikan kelancaran di kedua-dua venue tersebut, kita akan menempatkan anggota yang mencukupi di luar dan di dalam stadium untuk mengawal keselamatan dan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya menasihatkan semua penyokong supaya tidak membawa budaya hooligan atau menimbulkan huru hara sepanjang perlawanan berlangsung sebaliknya tunjukkanlah semangat kesukanan yang tinggi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Penyokong , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan