“Tiba-Tiba Saya Pitam Dan Jatuh Terlentang”

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 7:16 PM

Nur Dhabitah tetap meneruskan aksi final acara 3m papan anjal wanita pada Sabtu biarpun tidak sihat. - AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Tiba-tiba semasa latihan pemanas badan, ketika nak buat somersault, saya pitam dan saya jatuh terlentang... mendatar,” kata penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menceritakan kisah “perit” dilaluinya sebelum final acara 3m papan anjal wanita pada Sabtu.

Sebab itu katanya, dalam pertandingan itu, apa yang ada dalam fikiran adalah untuk segera menghabiskan lima terjunan berikutan keadaan badan yang tidak selesa dan sakit.

"Saya punya belakang leher sampai bawah tidak boleh gerak dan keras... tidak rasa. Mereka (jurulatih dan pegawai) minta saya buat pemeriksaan, tapi saya mahu teruskan aksi dan kemudian baru buat pemeriksaan (doktor)," katanya.

Keadaan itu telah menjejaskan aksi penerjun berumur 18 tahun itu sekaligus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara 3m papan anjal wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.

Nur Dhabitah bakal beraksi dalam dua lagi acara iaitu 1m papan anjal pada Ahad, dan bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama pada Selasa. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Nur Dhabitah Sabri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan