suria

Abdul Latif Keracunan Makanan

Abdul Latif sekadar mencatatkan lompatan sejauh 7.34m pada aksi sulungnya pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Prestasi atlet paralimpik negara Abdul Latif Romly yang kurang menyerlah dalam aksi sulungnya dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah ekoran keracunan makanan.

Abdul Latif yang menduduki tempat ketujuh daripada 11 atlet dalam acara lompat jauh lelaki, adalah antara 16 atlet Malaysia yang terlibat dalam isu keracunan makanan pada Khamis.

Ketua Jurulatih Olahraga Negara Zainal Abbas berkata pemegang pingat emas paralimpik Rio tahun lepas dengan rekod lompatan 7.60m itu tidak berada di tahap terbaiknya, justeru tidak dapat memberikan prestasi cemerlangnya.

“Dia demam hari ini (Khamis), malah dia cirit-birit sejak pagi tadi,” katanya kepada Bernama, apabila ditemui di venue acara itu pada Khamis.

Dalam acara terbabit, Abdul Latif,  sekadar mencatatkan lompatan sejauh 7.34m, manakala rakan senegaranya Luqman Hakim Ramlan mencatatkan 7.12m dan berada di tempat ketujuh.

Zainal bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada punca keracunan disebabkan makanan daripada luar atau makanan hotel tempat kontinjen negara menginap.

Terdahulu, Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar dalam sidang media berkata pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabkan 16 atlet Malaysia keracunan makanan.

Abdul latif merupakan antara dua atlet yang mencatat sejarah sebagai atlet para pertama menyertai temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu.


Abdul Latif, Sukan SEA KL 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain