Brokoli Punca 16 Atlet Negara Keracunan Makanan?

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 16 atlet Malaysia daripada pasukan renang dan petanque mengalami keracunan makanan.

Semua atlet tersebut yang menginap di salah sebuah hotel terkemuka mengalami masalah itu pada Rabu dan seorang atlet renang sudah pun dimasukkan ke hospital.

Perenang negara, Daniel Bego yang dimasukkan selama satu malam untuk pemauntauan terpaksa tarik diri daripada acara renang bebas 200m yang dijadualkan berlangsung pada Rabu malam.

Presiden Persekutuan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar (gambar) berkata, pihaknya sedar mengenai situasi itu dan semua langkah berjaga-jaga sudah diambil.

"Pihak kami diberitahu bahawa semua agensi berkaitan sudah diingatkan dan sedang melihat perkara ini," katanya pada sidang akhbar di Pameran Antarbangsa Malaysia (Mitec) pada Khamis.

Temasya Sukan SEA ke-29 (KL 2017) tidak mempunyai Games Village yang khusus dan semua kontinjen ditempatkan di beberapa hotel di ibu negara.

Tunku Imran yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan bahawa selain daripada makanan, satu lagi masalah yang berlaku adalah pengangkutan.

Pemandu sesat dan tiba lewat sehingga terpaksa menunggu lama untuk bergerak adalah antara isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, brokoli yang tercemar dipercayai merupakan antara bahan yang mungkin menyumbang kepada kejadian keracunan makanan.

Khairy Jamaluddin yang turut disertai oleh pegawai Kementerian Kesihatan telah melawat hotel yang menempatkan seramai 845 orang  kontinjen negara.

Tags / Kata Kunci: keracunan makanan , Sukan SEA KL 2017

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan