suria

Pingat Penting Demi Masa Depan - Jurulatih Tinju

Walaupun cedera di hidung, Fuad bangga dengan pingat emas yang dimenanginya. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar meraih pingat emas, apa yang lebih penting ia mengenai masa depan sukan tinju negara.

Ketua jurulatih tinju kebangsaan, Azmi Md Yunus berkata, Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) hanya menyasarkan satu pingat sahaja pada temasya Sukan SEA (KL2017).

"Saya amat gembira, bersyukur kerana petinju kita Muhammad Fuad Mohd Redzuan berjaya meraih emas. Sebelum ini persatuan memang menyasarkan satu pingat tidak mengira warna.

"Lebih penting emas ini adalah yang pertama dimenangi dalam aksi Sukan SEA bagi kategori Light Fly (49kg). Ia satu sejarah buat negara.

"Banyak perkara yang membanggakan berlaku di sini, lebih-lebih lagi juara kita hari ini adalah sentuhan jurulatih tempatan," ujarnya ketika ditemui mStar Online selepas perlawanan.

Azmi memberitahu, perkara paling penting adalah masa depan sukan tinju negara ini.


"Kemenangan ini adalah landasan untuk sukan tinju berada dalam sukan pilihan. Sekiranya kita tidak menang hari ini, ia mungkin bukan lagi dalam kategori khas.

"Saya berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), jurulatih-jurulatih saya serta semua pihak yang terus menyokong petinju kita.

"Kejayaan ini sangat bermakna," ujarnya.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu kejayaan Fuad adalah hasil kerja kerasnya sepanjang persediaan Sukan SEA ini.

"Kami banyak mengkaji corak pihak lawan, dan di situ Fuad menggunakan peluang dengan baik. Sebenarnya apa sahaja yang disasarkan adalah realistik.

"Selepas menang ke atas Filipina, kita sudah yakin dapat meraih pingat. Langkah demi langkah dan sesterus Fuad berjaya melakukannya," tambahnya.

Fuad meraih pingat emas buat negara selepas menewaskan pencabar sengit dari Thailand, Thani Narinram pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarbangsa Malaysia (Mitec).

Selain Fuad, seorang lagi wakil negara, Adli Hafidz Mohd Fauzi yang beraksi dalam kategori Light Heavy (81kg) tidak tewas kepada pencabar dari Filipina, Marvin John Nobel Tupas kurang daripada satu minit perlawanan bermula sekaligus meraih pingat perak.

Tinju, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain