Akhyar Rashid Dan Kakak Berjuang Demi Negara

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

KETIKA peminat bola sepak tertarik dengan aksi Muhd Akhyar Rashid seperti Neymar, mereka terlupa bahawa pemain berusia 18 tahun itu tidak berjuang keseorang pada temasya Sukan SEA kali ini.

Muhd Akhyar yang juga adik kepada bekas pemain Kedah itu turut ditemani kakaknya, Rashidah Abdul Rashid dalam acara yang tidak kurang sengitnya.

Rashidah atau lebih mesra dipanggil Adeq merupakan pemain takraw dan dia juga adalah isteri kepada bekas pemain takraw Singapura, Haikal Yasin.

Anak jati kelahiran Kedah itu dilahirkan dalam keluarga aktif bersukan yang mengikut jejak abangnya, Rafdi yang pernah mengharumkan nama Kedah.

Adeq sebenarnya lebih berminat bermain bola sepak berbanding sepak takraw.


"Saya bermain bola sepak sejak tahun 2007 dan mewakili negara. Namun ketika berusia 19 tahun saya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan.

"Dan selepas itulah karier sebagai pemain sepak takraw bermula.

"Saya tidak pandang ke belakang lagi selepas terpilih mewakili negara dalam acara baharu itu.

"Walaupun acara sepak takraw wanita tidak menjadi tumpuan seperti sukan lain, saya tetap berbangga dapat menyarung jersi Malaysia," ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Adeq, darah sukan memang sudah mengalir dalam diri keluarga.

"Abang dulu aktif juga main bola sepak. Sekarang ni dia jadi jurulatih Piala Belia pasukan Kedah. Adik saya juga (no.5) Abdul Rafiq sebelum ini beraksi dalam acara gimnastik negeri, Tapi sekarang sudah menjadi pelatih di sebuah sekolah antarabangsa.

"Manakala Akhyar sekarang dalam pasukan bola sepak negara. Jadi lebih bersemangat lagi untuk kami beraksi bersungguh-sungguh pada Sukan SEA kali ini.

"Saya dan Akhyar mencabar antara satu sama lain untuk meraih pingat dan harap pasukan bola sepak berjaya," ujarnya yang berusia 30 tahun.

Dianggap antara pemain senior dalam pasukan sepak takraw wanita, Adeq tidak menjadikan usia sebagai penghalang.

"Selagi mampu saya akan terus bermain. Semangat itu semakin bertambah dengan sokongan daripada keluarga serta suami.

"Sebelum ini pada tahun 2015 (Sukan SEA) Singapura saya bercuti setahun selepas berkahwin dengan suami yang juga pemain takraw untuk Singapura.

"Fokus kepada rumah tangga dan kembali menyarung jersi negara. Saya bertuah kedua ibu bapa mertua juga memberi sokongan penuh penglibatan saya ini.

"Suami saya baharu tiba dari Singapura bagi memberi sokongan kepada saya dalam dua lagi acara Sabtu ini.


"Emak saya juga akan datang. Jadi bertambahlah semangat untuk melakukan yang tgerbaik sekaligus menambah pingat bagi acara sepak takraw wanita ini," ujarnya yang masih belum belum dikurniakan anak.

Isnin lalu skuad wanita meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand bagi acara regu.

"Dengan kemenangan itu, kami  harap dapat membuka mata masyarakat kita yang sentiasa memandang rendah kemampuan skuad takraw wanita. Kini kami sudah membuktikan dan akan terus melakukan yang terbaik dalam  dua lagi acara lain," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Rashidah Takrawa , KL 2017

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan