suria

Farah Ann Pertahan Emas

KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertahanan pingat emas dalam acara senaman lantai individu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) pada Rabu.

Farah Ann mengutip 13.450 mata untuk meninggalkan Kaitlin Cera De Lianne di tempat kedua selepas gimnas Filipina itu mengumpul 13.025 mata manakala gimnas Indonesia, Rifda Irfanaluthfi mencatatkan 13.000 mata merangkul gangsa.

Pencapaian emas itu adalah kedua oleh gimnas negara berusia 23 tahun itu selepas merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan.

Sementara itu, gimnas negara, Tan Ing Yueh terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas emas yang dinobatkan terlebih dahulu kepadanya dalam acara palang imbangan dibantah oleh Indonesia.

Justeru, bantahan oleh Indonesia itu menyaksikan gimnas negara itu, Rifda Irfanaluthfi muncul pemenang emas baharu dengan 13.125 mata mankala  Ing Yueh mengumpul 13.100 mata.

Gangsa menjadi milik gimnas Filipina, Kaitlin Cera De Lianne yang mengutip 12.300 mata.

Sebelum ini, Ing Yueh meraih dua emas dalam acara lombol individu dan gimnastik artistik  berpasukan.Dalam acara lelaki, Jeremiah Loo Phay Xing merangkul pingat gangsa selepas merakamkan 13.000 mata dalam acara palang tunggal manakala gimnas Vietnam menyapu pingat emas dan perak masing-masing menerusi Lee Thanh Tung (13.350 mata) dan Dinh Phuong Thanh (13.050 mata).

Sementara itu, Farah Ann berkata dia telah menebus kekecewaan dalam acara palang bertingkat pada Selasa.

“Sudah tentu saya mahu mendapatkan pingat semalam tetapi malangnya tersilap langkah. Tiada gunanya untuk sedih kerana ia adalah sifat sukan. Saya hanya mahu turun ke gelanggang dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Selepas ini, katanya, beliau akan berehat buat seketika sebelum memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia ke-47 di Montreal, Kanada, dari 2 hingga 8 Oktober ini.

Dalam pada itu, jurulatih skuad wanita, Ng Shu Wai, beliau teruja selepas melihat aksi cemerlang Ing Yueh namun sedih dan kecewa apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

“Bagaimanapum, saya amat gembita kerana gimnas negara dapat memperagakan persembahan terbaik, sekali gus mengatasi sasaran satu pingat emas dalam acara wanita,” katanya.

Malaysia menutup tirai acara gimnastik artistik pada KL2017 dengan skuad lelaki dan wanita negara mengumpul lima emas, empat perak dan dua gangsa.- Bernama

Farah An, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Lain