10,000M Jalan Kaki: Elena Goh Tamatkan Kemarau Emas

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet jalan kaki wanita Elena Goh Ling Yin menamatkan kemarau 18 tahun kilauan emas acara 10,000m jalan kaki wanita dalam Sukan SEA, selepas membuat kejutan di halaman sendiri pada Rabu.

Elena, 21 mencatatkan masa 52.21.50s, bagi meraih pingat emas menewaskan pemenang pingat perak Thi Bich Ha dari Vietnam yang mencatatkan masa 52.27.78s dan pingat gangsa, T Assawawongcharoen dari Thailand yang mencatatkan masa 53.17.10s.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas adalah melalui atlet veteran Yuan Yu Fang pada 1999, yang turut mencipta rekod baharu dengan catatan 42.22.05s dan masih belum dipecahkan sehingga hari ini.

Yu Fang yang turut membuat penampilan semula pada edisi kali ini bagaimanapun terpaksa menhentikan saingan seawal minit keempat selepas mengalami kecederaan.

Elina, 21, ketika ditemui pemberita selepas saingan berkenaan, berkata dia tidak menyangka akan memenangi emas kerana terpaksa berhadapan dengan pesaing sama yang ditemuinya pada edisi lepas.

Katanya, pingat yang dimenanginya didedikasikan kepada keluarganya yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.

"Terima kasih kepada keluarga saya yang tak berhenti-henti menyokong, sanggup datang dari Melaka, ada yang mengambil cuti semata-mata untuk datang," katanya.

Kemenangan kali ini juga mengubati kekecewaan penuntut Universiti Malaya dalam bidang  Pengurusan  Sukan itu yang gagal memiki sebarang pingat pada penampilan sulungnya pada Sukan SEA edisi lepas.

Pada penampilan pertamanya di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu dalam acara 20km jalan kaki, Elina terpaksa berpuas hati apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat ekoran kecederaan lutut kanan dan kiri.

Dia yang sepatutnya menyertai temasya dwitahunan itu di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 2013  juga terpaksa melupakannya pada ketika itu kerana perlu memberi tumpuan terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Rekod terbaik beliau adalah 51 minit 42.42s yang dicatatkan pada April lepas di Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).-Bernama

Tags / Kata Kunci: Elena Goh , KL2017

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan