suria

Dewan Acara Gimnastik Gamat Seketika

KUALA LUMPUR: Dewan 10 yang terletak di tingkat 3, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarbangsa Malaysia (Mitec) riuh seketika dengan sorakan penyokong yang hadir apabila skuad gimnastik menghadiahkan tiga pingat emas untuk negara.

Tan Ing Yueh memperoleh mata tertinggi 13.404 mata menerusi acara melombol.

Dua lagi emas disumbangkan Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo Phay Xing, kedua-duanya dalam acara kekuda pelana.

Tiada pingat perak dalam acara kekuda pelana kerana Fu Jie dan Jeremiah masing-masing berkongsi mata sekali gus membolehkan mereka merangkul pingat emas.

Dalam pada itu, Tracie Ang meraih pingat perak dan gangsa masing-masing dalam acara palang bertingkat dan melombol.

Harapan ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi untuk mempertahankan pingat gangsa dalam acara palang yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu tidak kesampaian.

Farah pada awalnya bermula cemerlang sebelum terjatuh sehingga menjejaskan mata yang dikumpul.

Gimnastik, KL2017, Sukan SEA

Artikel Sebelum

Farah Ann Kecewa

Artikel Berikut

Zul Bahrin Bolot Pingat

Artikel Lain