suria

Lima Perenang Negara Mara Ke Akhir

Welsom beraksi pada pusingan kelayakan dalam acara 400m Renang gaya bebas di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Lima perenang negara mara ke pusingan akhir acara renang Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional pada Isnin.

Menepati jangkaan Welson Sim menjadi perenang pertama sampai ke garisan penamat dalam saringan kedua acara 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3 minit 56.20 saat untuk mara ke pusingan akhir yang akan berlangsung malam Isnin.

Rakan sepasukannya Yeap Zheng Yan turut melayakkan diri ke pusingan akhir selepas merekodkan  masa  4:03.09s.

Chan Jie akan berentap dengan bintang renang Singapura Joseph Schooling dalam perlawanan akhir 50m kuak kupu-kupu lelaki selepas mencatatkan masa 24.93s dalam saringan kedua.

Turut layak ke pusingan akhir ialah Tern Jian Han bagi acara 50m kuak lentang lelaki selepas mencatatkan 26.62s manakala Caroline Chan Zi Xin menjadi perenang terakhir mara ke pusingan akhir acara 100m kuak lentang wanita  dengan masa 1:05.89s.

Sementara itu, kuartet wanita negara akan beraksi dalam pusingan akhir 4x100m gaya bebas berganti-ganti wanita berikutan hanya enam pasukan yang mengambil bahagian dalam acara itu. - BERNAMA  

KL2017, renang

Artikel Berikut

Artikel Lain