KJ Yakin Fuad Sumbang Emas

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan yakin petinju negara mampu merangkul pingat emas berdasakan prestasinya pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Isnin.

Khairy Jamaluddin yang turut hadir menyaksikan perlawanan Mohd Fuad Redzuan bertemu Carlo Palaam dari Filipina memberitahu, petinju itu menunjukkan semangat seorang pejuang.

"Ia menunjukkan bahawa beliau ada kenyakinan untuk memburu pingat emas," ujarnya yang ternyata berpuas hati dengan kemenangan atlet negara ini.

Dalam pada itu Mohd Fuad memberitahu, punca kemenangannya hari ini adalah disebabkan beberapa faktor.

"Sejak Sabtu lalu saya sudah mengkaji corak perlawanan lawan di YouTube serta di video rakaman.

"Selain itu, sudah tentu jurulatih banyak membantu mengatasi lawan dengan mudah.

"Bagi pusingan pertama, masing-masing masih cuba menyesuaikan diri yang menyebabkan saya sukar pada pusingan kedua.

"Dia bertukar corak. Namun pusingan ketiga saya sudah boleh membacanya dan terus meraih kemenangan," ujarnya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Mohd Fuad yakin untuk memburu pingat emas walaupun masih lagi mempunyai dua perlawanan.

"Saya sudah meraih gangsa, selepas ini aksi pingat perak dan seterusnya perlawanan untuk emas," katanya.

Mohd Fuad beraksi dalam kategori Light Fly (49 kg) adalah pemegang pingat gangsa pada Sukan SEA Myanmar.

Pada edisi di Singapura, dia terkandas pada aksi suku akhir.

Kali terakhir skuad tinju merasai emas adalah pada edisi 2009 di Laos menerusi Mohd Farkhan Haron dan Mohd Fairus Azwan Abdullah.

Tags / Kata Kunci: Mohd Fuad , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan