Sepak Takraw Wanita Negara Bermula Garang

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw wanita negara mencatat kemenangan sulung pada aksi pertama acara regu dengan menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Tekong negara, Siti Nor Shuhaida Jafri menjadi tonggak utama apabila servisnya sering kali mendatangkan  masalah buat regu Filipina untuk mengatur perlawanan.

Set pertama menyaksikan anak buah Md Fikri Md Nor menang selesa dengan kiraan mata 21-13.

Pada set kedua pula, jurulatih negara memasukkan  apit kanan berpengalaman Nurrashidah Abdul Rashid menggantikan Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli bagi menguatkan serangan pasukan negara.

Kemasukkan Nurrashidah nyata berbaloi apabila beliau membantu skuad negara untuk mencapai kemenangan mutlak setelah mencatat mata 21-17 untuk Malaysia mengatasi Filipina dengan keputusan akhir 2-0.

Malaysia hanya memerlukan satu lagi kemenangan bertemu Indonesia malam ini untuk mencerahkan peluang untuk meraih pingat emas pada kejohanan yang menggunakan format round robin.

Seandainya menang dengan Indonesia, skuad negara perlu menumbangkan gergasi  sepak  takraw,  Thailand pada perlawanan terakhir liga pada esok untuk mengesahkan pingat emas.

Sementara itu, Thailand turut mencatat kemenangan menewaskan Indonesia 2-0 pada di gelanggang sebelah.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: KL2017 , sepak takraw

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan