Bola Sepak Wanita: Myanmar Aibkan Malaysia 5-0

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Harapan Malaysia untuk memburu pingat dalam acara bola sepak wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semakin pudar apabila kalah teruk 5-0 kepada Myanmar di Stadium UiTM Shah Alam, Khamis malam.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyaksikan pasukan tuan rumah menghuni tangga tercorot daripada lima negara yang bersaing dalam acara tersebut.

Pada aksi berkenaan, Myanmar, selaku pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2013, jelas menguasai babak awal perlawanan sehingga memaksa barisan pertahanan negara yang diketuai Malini Nordin dan Usliza Usman bekerja keras untuk mematahkan percubaan berbahaya pasukan pelawat.

Malaysia menampilkan persembahan terpuji pada babak pertama tanpa membolosi sebarang gol sebelum Myanmar melancarkan gerakan berbisa pada babak kedua untuk merobek bentang pertahanan negara.

Dua minit selepas babak kedua bermula, Myanmar  melancarkan serangan bertali arus sehingga pemain gantian Malaysia, Nor Athirah Mamat menjaring gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hasil percubaan pemain Myanmar.

Kealpaan benteng pertahanan negara terus dihukum oleh Myanmar yang menambah gol kedua pada minit ke-63 menerusi penyerang Win Theingi Tun yang menanduk masuk hantaran silang daripada rakan sepasukan sebelum Khin Moe Wai meledak gol ketiga pada minit ke-72.

Win Theingi Tun melakar gol peribadi kedua pada minit ke-76 sebelum Khin Moe Wai melengkapkan kemenangan bergaya Myanmar dengan gol kelima, selang tiga minit kemudian.

Terdahulu, Vietnam membuka kempen KL2017 dengan langkah kanan setelah membenam Filipina 3-0 di Stadium UM Arena pada sesi sebelah petang.

Tiga gol Vietnam dijaringkan oleh Huynh Nhu pada minit ke-64, Tuyet Dung (minit ke-85) dan Nguyen Thi Muon pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Aksi bola sepak wanita KL2017 berehat seketika sebelum bersambung, Ahad ini yang melibatkan perlawanan antara Vietnam dan Myanmar di Stadium UM Arena manakala Malaysia berdepan juara bertahan, Thailand, di Stadium UiTM, Shah Alam.

Berdasarkan format pertandingan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi selepas berakhirnya aksi liga sepusingan melibatkan lima pasukan akan memenangi pingat emas.

Tags / Kata Kunci: Bola Sepak Wanita , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan