suria

Malaysia Bolot Dua Lagi Emas

KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi pingat emas kedua dan ketiga pada Khamis menerusi acara memanah compound berpasukan wanita dan lelaki.

Pasukan wanita Malaysia merangkul pingat emas selepas menewaskan Vietnam, 253-252 dalam perlawanan mendebarkan di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil di sini.

Indonesia sebelum itu menewaskan Thailand untuk pingat gangsa.

Pasukan memanah compound lelaki Malaysia kemudian menambah pingat emas selepas menewaskan Singapura 228-222.

Filipina meraih pingat gangsa selepas menewaskan Vietnam. - BERNAMA

memanah, Sukan SEA Kl2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain