Bola Jaring: Skuad Negara Menang Bergaya Ke Atas Thailand

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Langkah kanan buat skuad bola jaring negara apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas Thailand pada aksi pembukaan Sukan SEA (KL2017) di Stadium Juara, Bukit Kiara, Isnin.

Skuad Malaysia yang dibimbing Tracy Robinson mengumpul mata mudah meninggalkan pasukan Thailand bermula set pertama permainan. Penjaring utama (GS) An Najwa Azizan dan Izyan Syazana Mohd Wazir selaku penyerang (GA) tidak melepaskan peluang menghasilkan mata buat negara.

Malah permainan pada set kedua semakin rancak dengan skuad tuan rumah mencuri beberapa hantaran tengah pihak lawan.

Malaysia mencatat kemenangan bergaya dengan keputusan 73-30.

Jelas Najwa, perlawanan pertama itu berlangsung dengan baik mengikut perancangan yang dibuat.

"Masing-masing tahu apa yang dibuat dan mengikut strategi sendiri. Walaupun Thailand cuba mengejar tetapi kami tetapkan berjaya menguruskannya dengan baik.

"Bagi saya kunci kejayaan hari ini adalah mereka kekal konsisten sejak minit pertama hinggalah akhir," jelasnya selepas perlawanan.

Menurut Najwa, esok (Selasa) perlawanan kedua bertemu Brunei dan berharapa semuanya lancar.

"Bagi saya setiap perlawanan adalah baharu. Saya percaya dengan arahan jurulatih, malah juga yakin kesemua 12 orang pemain boleh bermain dengan baik," ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia meraih pingat perak pada temasya 2015 di Singapura selepas tewas tiga mata kepada pasukan tuan rumah.

Tags / Kata Kunci: KL2017 , bola jaring

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan