Pakaian Gimnas RM4,000 Bakal Sinari Gelanggang

Diterbitkan: Ahad, 13 Ogos 2017 1:20 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selain daripada pergerakan badan bersama alunan muzik yang memukau perhatian penonton di gelanggang, pakaian skuad gimnastik berirama (gimrama) yang berkilauan turut mampu mencuri perhatian.

Justeru itu, pasukan gimrama negara akan tampil bergaya dengan pakaian yang bernilai antara RM3,000 hingga RM4,000 sehelai pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sewaktu saingan acara itu.

Timbalan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia Petrina Low berkata pakaian yang cantik bersinar dengan anyaman batu perhiasan direka khas untuk KL2017 oleh pereka dan tukang jahit Malaysia akan membangkitkan lagi semangat di gelanggang acara gimrama.

"Sebenarnya batu perhiasan di setiap helai baju gimrama yang mahal dan menjadikan ia lebih cantik apabila dipersembahkan di gelanggang nanti. Harga asal baju tanpa batu perhiasan hanya RM450," katanya.

Low berkata warna setiap pakaian bagi semua atlet negara yang akan berentap harus bersesuaian dengan alat dan muzik yang digunakan untuk membantu persembahan atlet.

"Jika muzik yang digunakan adalah muzik Sepanyol, maka pakaian tersebut harus sesuai dengan muzik Sepanyol," katanya.

Beliau turut menjelaskan semua pakaian yang dipakai oleh enam atlet negara dalam acara berpasukan dan empat bagi acara individu di gelanggang merupakan pilihan tiga jurulatih kebangsaan mengikut personaliti seseorang atlet.

Mengulas mengenai persediaan, Low berkata fasiliti venue di MITEC yang baharu itu meningkatkan lagi semangat sekali gus membolehkan skuad negara bersedia dengan lebih awal sebelum aksi Sukan SEA.

Skuad gimnastik berirama negara menyasarkan untuk meraih enam daripada lapan pingat emas  yang ditawarkan dalam pertandingan yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos di MITEC.

Untuk rekod, skuad gimrama negara berjaya membawa pulang dua pingat emas dan satu perak pada Sukan SEA 2015 di Singapura. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: gimnastik , Sukan SEA KL2017

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan