Sultan Mizan Undur Diri

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 5:46 PM

Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri pada saat akhir daripada beraksi dalam perlumbaan kuda lasak di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai minggu depan.

Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik.

”Kami memuji baginda yang memikirkan kepentingan pasukan dan membiarkan rakan sepasukannya meneruskan perjuangan dengan kuda yang lebih baik,”  katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis eksekutif MOM, di sini pada Sabtu.

Menurut Beng Choo, Sultan Mizan menjalani latihan dengan gigih setiap hari dan keputusan untuk menarik diri adalah sesuatu yang paling sukar diambil.

Sebelum ini, Sultan Mizan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam acara kuda sempena KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sultan Mizan Zainal Abidin , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan