Akhbar Thai Dakwa Malaysia Tidak Adil

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 9:12 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sebuah akhbar tempatan menuduh Malaysia memperkecilkan kehebatan Thailand dalam acara sepak takraw dengan mengehadkan jumlah acara yang boleh disertai oleh negara peserta pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris, ‘The Nation' dalam lidah pengarangnya pada Khamis mendakwa Malaysia, selaku tuan rumah, telah meminta Thailand tidak menyertai acara berpasukan lelaki, yang dianggap acara paling penting dalam sukan itu.

“Dilaporkan, tuan rumah mendapat keistimewaan menyertai kesemua lima acara  manaka negara lain dibenarkan menyertai tidak lebih daripada tiga acara,” menurut akhbar itu.

Ia berkata Persatuan Sepak Takraw Thailand telah tunduk kepada permintaan Malaysia dan akan menamakan pemain dalam tiga acara – acara berpasukan, beregu dan kuadran.

Menurut akhbar tersebut, ramai peminat sukan tempatan marah dengan tindakan itu yang dianggap berat sebelah dan menonjolkan amalan lama yang memberikan tuan rumah memiliki kelebihan berbanding negara peserta lain.

“Amalan ini akan hanya menimbulkan kemarahan negara peserta dan rakyatnya dan ia tidak akan berakhir kecuali semangat kesukanan yang sebenar dihormati,” kata akhbar tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah KL2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: KL

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan