suria

Skuad Huu Thang Tiba Paling Awal

Foto kredit: VFF

PETALING JAYA: Skuad gangsa Sukan SEA 2015, tiba di ibu negara pada Khamis.

Vietnam, antara pasukan bola sepak yang menjadi perhatian dan disebut-sebut untuk merebut tempat terbaik pada temasya Sukan SEA (KL2017) tiba paling awal berbanding pasukan negara lain.

Skuad Bawah 23 Tahun kendalian Nguyen Huu Thang sebelum ini diundi berada dalam kumpulan maut, Kumpulan B, bersama juara bertahan, Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Timor Leste.

Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat perak Sukan SEA 2015, Myanmar, diikuti Singapura, Laos dan Brunei.

Acara bola sepak bagi KL2017 membuka tirai temasya lebih awal pada 14 Ogos ini di beberapa venue sekitar Lembah Klang.

Skuad Huu Thang ini dilaporkan baharu kembali dari Korea Selatan minggu lalu untuk perlawanan persahabatan menjelang temasya ini.

Antara pemain yang perlu diberi perhatian adalah penyerang Ha Duc Chinh, Le Thanh Binh dan pemain tengah Vu Van Thanh.

Vietnam, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain