Khairy Rasmi Pusat Media Utama

Diterbitkan: Khamis, 10 Ogos 2017 3:49 PM

Khairy Jamaluddin melihat persiapan yang dilakukan oleh Unit Multimedia Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi liputan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas melancarkan Pusat Media Utama dan Pusat Penyiaran Antarabangsa sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) pada Khami. Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.
 Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tinggal sembilan hari sebelum pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dibuka  secara rasminya pada Khamis.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melancarkan operasi pusat berkenaan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

“Jumlah wartawan dan jurufoto terlibat dalam KL2017 adalah hampir tiga kali ganda daripada Sukan SEA Singapura 2015 dua tahun lepas, “ katanya sambil menambah ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap edisi ke-29 sukan dwitahunan yang mana Malaysia menjadi tuan rumah.

Khairy menggesa pengamal media supaya melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab termasuk membuat laporan yang tepat.

Antaranya MPC dilengkapi 744 stesen kerja disediakan untuk mereka yang membuat  liputan  KL2017 sementara  sembilan penyiar dari lima negara akan beroperasi di IBC.

Sepanjang KL2017 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos , 28 jenis sukan  akan  disiarkan  secara  langsung dengan lebih dari 30 jam waktu siaran sehari.

Selain daripada media, lapan acara sukan akan berlangsung di MITEC seperti gimnastik artistik  dan gimrama,  lawan pedang, ping-pong, bola tampar, angkat berat, hoki dalam dewan, muay thai dan tinju.

Terletak di kawasan strategik di Persiaran Dutamas, MITEC mempunyai keluasan hampir 140,000 meter persegi.

Ia adalah pusat pameran terbesar di Malaysia dengan 11 dewan dan mampu menerima 40,000 pengunjung dalam satu-satu masa.Sebanyak 404 acara daripda 38 jenis sukan dipertandingkan dalam KL2017.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: KL2017 , Mitec

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan