Atlet Cedera Saat Akhir, Peluang Beraksi 50-50

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 9:14 PM

Luqman terpaksa menerima tujuh jahitan di betis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Peluang sembuh ada, cuma jangan berharap kerana kecederaan masih baharu dan perlu dipantau," jelas Dr Arshad Puji berhubung kecederaan saat akhir atlet negara menjelang Sukan SEA2017.

Pengarah Bahagian Perubatan  Sukan Institut Sukan Negara (ISN) itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status kecederan atlet decatlon negara, Mohd Luqman Zuki yang terkena tiang besi gol bola jaring ketika sesi latihan pagi Jumaat.

"Kecederaan masih baharu lagi dan dia perlu dipantau. Dalam tempoh tiga minggu sebelum bersaing mungkin akan sembuh tetapi segalanya bergantung kepada perkembangan yang ditunjukkannya.

"Cuma apa yang boleh saya katakan sekarang peluang untuk bersaing nanti dalam 50-50," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Berikutan kecederaan tersebut, Luqman terpaksa menerima tujuh jahitan di betisnya.

Luqman memberitahu, kejadian berlaku ketika dia cuba mengalihkan tiang gol bola jaring itu ke tepi padang Stadium Mini ISN sebelum berlatih pagi Jumaat.


Tags / Kata Kunci: Mohd Luqman Zuki

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan