Jeng Tzan Tangguh Pembedahan Demi Negara

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera wanita, Yap Jeng Tzan terpaksa membuat pengorbanan besar untuk mewakili negara pada Sukan SEA ke-29 bermula  dari 19 hingga 30 Ogos ini dengan menangguhkan pembedahan lututnya.

Atlet berusia 30 tahun dari Negeri Sembilan itu yang menghadapi kecederaan berulang di lutut kirinya, terpaksa melupakan penampilan keempat di temasya sukan dwitahunan itu sekiranya melakukan pembedahan itu pada tahun ini.

Pemenang pingat perak Sukan SEA Singapura dua tahun lalu dengan lemparan sejauh 46.95m itu, turut  tidak mempunyai keinginan untuk bersara dalam masa terdekat kerana masih ‘mencintai' sukan itu dan mahu  mewakili negara sehingga mendapat pengganti.

“Saya telah melakukan pembedahan sebanyak dua kali sebelum ini dan kadang-kala masih rasa sakit pada lutut. Buat masa ini saya masih menjalani fisioterapi dan rawatan dengan pakar Institut Sukan Negara (ISN). Saya juga telah mendapat persetujuan daripada jurulatih Frantisek Petrovic untuk menukar cara latihan yang tidak meningkatkan risiko kecederaan di bahagian tersebut,” katanya.

Jeng Tzan  yang kali pertama mewakili negara dalam Sukan SEA 2007 di Thailand, diikuti Indonesia (2011) dan Singapura (2015), mengakui bahawa dia akan menerima tentangan sengit daripada juara bertahan, Subenrat Insaeng dari Thailand yang mencatatkan rekod kejohanan dengan lemparan 59.56m, selain turut beraksi di Sukan Olimpik Rio tahun lepas.

“Saya memang mahu menang emas untuk negara, tetapi secara realiti Subenrat jauh lebih baik daripada saya. Apa pun, semuanya bergantung kepada prestasi pada hari kejohanan dan siapa yang melakukan yang terbaik pada hari kejadian, dia akan menang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zainal Abas yakin bahawa pingat emas pertama Malaysia dalam sukan olahraga akan dihadiahkan oleh atlet lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Samsuddin pada hari pertama acara olahraga berlangsung, iaitu 22 Ogos.

“Muhammad Irfan berada dalam berada keadaan terbaik dan telah memecahkan rekod kebangsaan sebanyak tiga kali (61.10m, 61.56m dan 62.25m) pada tahun ini.  Beliau berada dalam landasan tepat untuk mempertahankan pingat emas acara itu,” katanya.

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan