Latif Lega Ibu Makin Sembuh

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 4:13 PM

Latif memuat naik gambar bersama ibunya di laman Instagram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet 'terbang' dunia, Abdul Latif Romli lega apabila ibunya sudah keluar daripada hospital.

Atlet paralimpik lompat jauh negara ini berkesempatan melawat ibunya, Salmah Yatim,59, di hospital di Perlis sebaik sahaja tiba dari London minggu lalu.

Menurut Latif, ibunya dimasukkan ke hospital gara-gara terjatuh daripada motosikal.

"Saya 'tau' masa kat London lagi. Mujur tiada yang serius. Hanya luka di kaki 'saja'.

"Lepas tiba di KL Selasa lepas, terus saya balik kampung tengok mak," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas atlet tinggi lampai berusia 20 tahun itu, dia lega ibunya makin sembuh dan kini boleh memberi fokus kepada latihan menjelang Sukan SEA (KL2017) bermula 19 Ogos ini.

"Saya ingin 'terbang' di tempat sendiri dengan cuba membuat rekod baharu. Saya harap dengan tempoh yang ada ini, sempat melakukan persiapan terakhir," katanya.

Latif merupakan pemegang rekod dunia acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) apabila sekali lagi dia berjaya meleburkan merakam rekod lompatan sejauh 7.37 meter pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London akhir Julai lalu.

Pada kejohanan Kejohanan Dunia di Qatar dua tahun lalu, Latif mencatat lompatan sejauh 7.35m.

Tags / Kata Kunci: KL2017 , Latif Romly

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan