Bola Sepak: Aksi Skuad Negara Di Stadium Shah Alam - Sukan SEA 2017 | mStar

Bola Sepak: Aksi Skuad Negara Di Stadium Shah Alam

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 Tahun negara bakal berkampung di Stadium Shah Alam bagi saingan Sukan SEA 2017 (KL2017).

Skuad projek KL2017 bimbingan Datuk ong kim Swee sebelum ini diundi berada dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat, semua perlawanan yang melibatkan Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Manakala tiga lagi venue bagi acara bola sepak lelaki akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium UiTM Shah Alam dan Stadium UM Arena.

Dan Stadium Bukit Jalil akan digunakan sekiranya skuad 'ibu emas' negara layak ke final.

Skuad negara bakal membuka tirai perlawanan bertemu Brunei pada 14 Ogos ini, diikuti Singapura (16 ogos), Myanmar (21 Ogos) dan aksi terakhir kumpulan pada 23 Ogos bertemu Laos.

Sementara itu, acara bola sepak wanita pula akan berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Arena UM, Kuala Lumpur.

Bagi cara futsal lelaki dan wanita pula akan diadakan di satu venue sahaja iaitu di Kompleks Sukan Panasonic,Shah Alam.

Hanya acara bola sepak lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan disusuli peringkat separuh akhir dan final manakala acara bola sepak wanita serta futsal lelaki dan futsal wanita dijalankan secara liga sepusingan dengan penentuan pingat emas, perak dan gangsa adalah berdasarkan kedudukan mata selepas semua pasukan beraksi empat perlawanan.


Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , KL2017
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan