suria

Misi Tebus Kecewa Skuad Ragbi Negara

PETALING JAYA: Kurang daripada sebulan temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) bakal membuka tirainya di Kuala Lumpur dan debaran kini semakin terasa dalam kalangan atlet untuk melakukan persiapan rapi.

Sudah pastinya tempoh tesebut bakal digunakan sebaik-baiknya skuad ragbi negara bagi mencapai misi merampas pingat emas daripada salah satu pencabar utama, Filipina.

Bagaimanapun misi itu bukan mudah dan skuad negara perlu melepasi satu demi satu saingan terlebih dahulu.

"Barisan pemain kini berada pada prestasi terbaik dan kemenangan yang disasarkan itu tentunya akan mencipta sejarah sukan ragbi negara.

“Memang menjadi impian persatuan ragbi dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk kita mendapatkan emas.

"Tetapi fokus utama kita buat masa ini untuk layak ke perlawanan final...sekiranya kita berjaya sampai ke peringkat itu, kita akan buat yang terbaik untuk tidak mengecewakan kontinjen negara," jelas ketua jurulatih kebangsaan Mohd Saizul Hafifi Md Noor.

Tambah Mohd Saizul,  beberapa perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab ragbi tempatan diatur bagi menguji tahap persediaan skuad ragbi tujuh sebelah itu.

“Kita berharap dengan memberikan latihan kepada pemain dengan fasiliti yang mencukupi, ia akan dapat memberi impak yang tinggi kepada pemain bersaing dengan pasukan lawan pada temasya dwitahunan itu yang bermula 19 hingga 30 Ogos ini,” katanya.

Sebagai rekod, skuad ragbi tujuh sebelah negara meraih pingat perak pada Sukan SEA 2015 di Singapura selepas tewas kepada Filipina dalam aksi final.

Sukan SEA, KL2017

Artikel Sebelum

Chelsea Hantar Pulang Kenedy

Artikel Berikut

Artikel Lain