KL2017: Lebih 10,000 Sertai Larian Obor Di Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 6:02 PM

PESERTA wanita Suraini Mat Yasin, 42, berpeluang membawa Obor Kuala Lumpur 2017 semasa menyertai larian sejauh 3.2 kilometer menuju ke acara sambutan selepas Obor Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017 itu tiba di negeri ini melalui pintu gerbang sempadan Negeri Terengganu dan Pahang pada 24 Julai 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Terengganu berjaya mencatat lebih 10,000 pelari sukarelawan sepanjang sembilan hari berlangsungnya Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 di negeri tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohamad Mazlan Anis berkata setakat ini, Terengganu menjadi negeri paling lama memegang ‘Obor Bangkit Bersama' yang telah dibawa ke seluruh daerah bermula 16 Julai hingga ke pada Isnin.

“Selepas ini obor tersebut akan memasuki negeri Pahang bermula hari ini hingga 30 Julai, seterusnya Selangor dan Kuala Lumpur.

“Larian yang bermula dari Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman sejauh enam kilometer berakhir di pintu gerbang sempadan Terengganu - Pahang.

Turut serta dalam larian itu dan menjadi tumpuan orang ramai adalah legenda lompat kijang dan lompat jauh negara, Mohd Zaki Sadri yang turut hadir memberikan sokongan,” katanya menurut Bernama.

Terdahulu, obor dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar kemudiannya diserahkan kepada wakil negeri Pahang iaitu ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar diiringi dengan laungan keramat 'Bangkit Bersama' oleh para pelari.

Tags / Kata Kunci: Larian Obor , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan