Ziyad Tak Letak Harapan Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 8:28 PM

Ziyad, Abdul Latif Romly (lompat jauh) dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 m) diraikan peminat sukan tanah air sebaik tiba di KLIA pada Isnin. foto GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Juara dunia lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli percaya kejayaan boleh dikecapi dengan persediaan rapi namun, beliau tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos ini.

Muhammad Ziyad meraih gelaran juara dunia selepas membuat lontaran sejauh 17.29 meter (m) bagi meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, sekali gus membaharui rekod dunia 16.48m miliknya pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas.

Atlet paralimpik itu, yang bakal beraksi buat pertama kali bersama-sama atlet normal di KL2017 itu berkata pada kebiasaannya, beliau meletakkan sasaran tinggi pada setiap kejohanan yang disertainya namun tidak bagi Sukan SEA itu.

“Saya hanya mahu lakukan yang terbaik di Sukan SEA, tidak menjanjikan dan meletakkan sebarang sasaran...saya tidak mahu kecewa dan tertekan untuk capai apa yang ditetapkan. Saya mahu menikmati pertandingan itu.

“Di Sukan SEA, saya akan bertanding dengan atlet normal, kami berada pada taraf yang berbeza. Persaingan juga lebih hebat,” katanya pada sidang media sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Mengulas mengenai kejayaannya di London, Muhammad Ziyad berkata beliau sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya dan negara di mana beliau mahu mencipta rekod baharu setiap kali menyertai pertandingan terutamanya Kejohanan Dunia.

Beliau berkata kejayaan itu dicapainya hasil bantuan dan sokongan jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

“Tanpa mereka, sukar bagi saya mencapai kejayaan ini,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Muhammad Ziyad Zolkefli , Sukan SEA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan