Gimrama: Rehat Dua Tahun Bakar Semangat Amy

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

Foto: S.S KANESAN/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Amy Kwan Dict Weng berazam mahu memberikan persembahan terbaik pada penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Dua tahun lalu, atlet gimnastik berirama (gimrama) terpaksa melepaskan peluang bertanding berikutan masalah kecederaan.

Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland memberitahu, tahap keyakinannya untuk beraksi semakin memuncak dan bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi tahunan yang akan berlangsung pada 19-30 Ogos ini.

Lebih membuatkan atlet berusia 22 tahun ini teruja untuk beraksi apabila bakal mempamerkan gerak gerinya di hadapan penonton sendiri.


"Saya terpaksa berehat panjang selepas melalui dua pembedahan pada September dan November 2014 sejurus pulang dari Glasgow sehingga tidak dapat kembali ke tahap kecergasan terbaik, seterusnya gagal menempatkan diri dalam senarai akhir pasukan.

"Kini, saya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran di Sukan SEA . Saya hanya mahu berikan persembahan terbaik untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui baru-baru ini. 

Biarpun bersemangat untuk membantu negara meraih juara keseluruhan, Amy tetap mengakui tekanan tetap dirasai.

"Tak dinafikan walaupun saya teruja namun ada sedikit perasaan gementar dan berharap semuanya akan berjalan lancar dengan sokongan semua pihak," tambah atlet kelahiran Selangor ini.

Sebagai rekod, pasukan gimrama berjaya meraih dua pingat emas dan satu perak pada  Sukan SEA 2015 di Singapura.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Gimrama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan