30 Hari Menjelang KL2017

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hari ini genap 30 hari menjelangnya perasmian temasya sukan dwitahunan terbesar di rantau Asia Tenggara, Sukan SEA.

Selaku tuan rumah untuk edisi ke-29 ini, sudah tentu semua pihak di negara ini  tidak sabar untuk melihat kejayaan atlet tanah air selain terselit debaran berhubung  kelancaran penganjurannya yang merupakan kali keenam buat negara selepas menjadi hos pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Jika dicongak, Malaysia kembali menjadi tuan rumah Sukan SEA selepas 16 tahun temasya itu berlangsung di sini.

Edisi kali ini melibatkan 38 jenis sukan yang menawarkan 404 pingat emas untuk diburu atlet-atlet terhebat rantau ini.

"Semua pihak akan merasai tekanan apabila menjelangnya Sukan SEA. Bagaimanapun, dalam tempoh 30 hari menjelangnya Sukan SEA ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh kesefahaman,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara  Datuk Ahmad Shapawi Ismail kepada Bernama.

Katanya setiap yang terlibat, baik atlet, jurulatih mahupun pegawai penyelaras dan penganjur, sudah tahu tugas masing-masing dan sedar setiap masalah perlu diselesaikan secara berpasukan.

Menurut beliau segala persiapan atlet telahpun disusun dan kini hanya tinggal kem latihan fasa akhir atlet yang akan bermula pada 4 Ogos ini.

"Bagi atlet yang pertama kali mewakili negara dalam Sukan SEA, sudah semestinya akan merasai tekanan. Mereka dinasihatkan supaya cepat menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan yang baharu dan gelanggang pertandingan yang baharu.

"Aspek logistik juga perlu diambil kira di mana mereka tidak akan tinggal di asrama atau perkampungan atlet seperti dalam temasya sukan yang lain. Ini akan menjadi cabaran kepada atlet untuk mendisiplinkan diri," kata Ahmad Shapawi.

Mengikut tradisi penganjuran Sukan SEA, setiap anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dipilih menjadi tuan rumah mengikut giliran, bagaimanapun anggota bebas untuk memilih menganjurkannya ataupun tidak.

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan