suria

Petugas Media Perlu Sedia Hadapi KL2017

Mitec dijangka siap dalam masa terdekat ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Petugas media khususnya wartawan sukan tanah air dinasihatkan supaya membuat persediaan rapi sebelum membuat liputan temasya sukan terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan membuka tirainya bulan depan.

Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa berkata cabaran besar menanti setiap warga media sukan yang bertugas bagi memberi lipuSdetan terbaik untuk kontinjen negara sepanjang temasya dwitahunan itu.

“Kebiasaannya apabila kita menjadi tuan rumah kelompok wartawan sukan negara adalah yang paling sibuk kerana matlamat utama kontinjen negara adalah untuk menjadi juara keseluruhan. Oleh itu, sasaran jumlah pingat juga besar.

“Kita tidak mahu terlepas daripada memberikan liputan terbaik, jadi nasihat saya kepada semua petugas media ialah bersedia untuk berkerja keras kerana apa yang penting kita mahu berkongsi setiap saat suka-duka atlet negara dengan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri SAM di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, pada Khamis.

Sementara itu, Khawari berkata kerja-kerja menyediakan ruang kerja bagi petugas media di Pusat Media Utama (MPC) yang terletak di Pusat Pameran dan Dagangan Malaysia (Mitec) sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Beliau turut memberi jaminan ruang kerja yang akan memuatkan lebih 1,000 petugas media  dari seluruh Asia Tenggara itu akan dilengkapi segala kemudahan yang diperlukan bagi memastikan mereka dapat bertugas dalam keadaan selesa.

“Tiada sebarang masalah sehingga kini dan saya percaya sebelum kehadiran pertama kumpulan media asing pada hujung minggu pertama Ogos ini, segala kemudahan akan tersedia untuk mereka dan kita juga akan pastikan tidak akan ada masalah dari segi kemudahan,” katanya.

Media, KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tawaran Liverpool Ditolak

Artikel Lain