Watson Nyambek Antara Pembawa Obor Sukan SEA

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek merupakan antara pembawa obor Sukan Sea ke-29 yang diadakan di Taman Negara Mulu yang juga dikenali sebagai tapak warisan dunia Unesco.

Acara dimulakan dengan penyerahan obor oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Mulu Datuk Gerawat Gala kepada Adun Telang Usan Dennis Ngau selaku pelari pertama obor dan seterusnya berganti-ganti dengan pembawa obor lain.

Larian obor tersebut melibatkan lebih 20 peserta dengan jarak larian enam kilometre, melibatkan pelbagai lokasi antaranya Kampung Batu Bungan dan Lady Cave.

Watson menjadi pembawa obor terakhir dengan menyerahkan obor kepada Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini dan seterusnya kepada pemangku Residen Bahagian Sibu Katis Noel Nyambong, yang menjadi lokasi larian obor seterusnya.

Larian obor Sukan Sea ke-29 untuk Sarawak bermula pada Khamis lepas dengan lokasi pertama di Limbang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Watson Nyambek , Sukan SEA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan